Jumaat, 16 September 2011

Pantai Remis, Kuala Selangor (Part 2)

hening pagi pantai nelayan
jijik pada yang sombong
rezeki pada peraihnya

hening pagi pantai nelayan
mengubah banyak persepsi diri
yang dulu keji 
kepada sesuatu yang lebih terpuji

hening pagi pantai nelayan
bau hamis-hamis ikan
harapan kepada penduduk pesisirnya

Pantai nelayan bukanlah indah
Untuk bertelanjang bogel 
Tapi pantai ini pantai kehidupan.

Atuk tua berniaga kraftangan
Membawa cucu jantan tersayang
bermain di pantai nelayan 
harapannya cuma satu
Agar cucu jantannya kelak
tidak lupa asal diri
bila sudah terlalu leka
bermain PSP dikotaraya.

Cucu yang mendengar kata
Menikmati zaman kanak-kanaknya
dengan memori indah yang takkan dia lupa
Kelak dewasa..dia pasti menjadi anak berguna.



Dedikasi Buat Hisham 7thn Pelajar Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang Klang yang ramah mesra bergaul dengan kami sekeluarga. Saat kami tiba di pesisir Pantai Remis, Jeram.
Gayanya budak kecil kota ini terlalu menikmati kehidupan hujung minggunya bersama datuknya, seorang penjual bakul kraftangan. Hisham memulakan cerita dgn kami tentang pantai & binatang didalamnya. Bagusnya budak kecil ini menceritakan tentang alam laut yg pada aku menurut 90% daripada apa yang di tengok & dilihat cuma 10% lagi barangkali dari buku fantasi moden yang bapaknya beli.
Haha...^_^
Tapi kira OK la...sgt OK. 

~~~aku, mak, kakak, piqa & hisham hari ni kita orang pegang anak-anak siput kerang & belacak yg ade tepi pantai td. anak-anak belacak tu sgt banyak belari ala2 terbang dari batu ke air pantai.Sgt seronok. Smbil Hisham tak lupa berpesan kepada aku "kakak..kakak, sana tu atuk saya ade jual bakul" Aku senyum je. Smbil dalam hati berkata...'ye hisham, akak tau.lain kali akak dtg akak beli.hari ini akak pokai'~~~





Tiada ulasan:

Catat Ulasan