Ahad, 21 Ogos 2011

Jika Denganmu Hanyut Biarlah Aku Lemas

Tajuk Lagu: Berdua Bersatu Artis: Forteen



kenapa cinta kita
selalu saja diduga
bagai ada tak merestu
kita berdua bersatu

atau mungkin kau dan aku
ditakdir untuk berpisah
walaupun melawan arus

kita berdua bersatu

seringkaliku mendengar
patah tumbuh hilang berganti
tetapiku tidak mahu
cinta selain darimu

jika denganmu salah
kutak mahu yang benar
jika denganmu rebah biarlah ku tercalar
walau dilanda badai
kusanggup kerna ku mampu
kita berdua bersatu
jika denganmu kabur
kutak mahu yang jelas

jika denganmu hanyut
biarlah aku lemas
walau dilanda ribut
kusanggup kerna kumampu
kita berdua bersatu


Jika Denganmu Hanyut Biarlah Aku Lemas perkataan ini lah yg plg melekat sekali dlm ingatan aku masa 1st time terdengar lagu ni di siaran petang Hot FM masa otw balik keje. Best lagu ni..serius bestttt. Punyalah lemak merdu suara "ustaz ustaz" ni menyanyi. Yes!! Coz aku ingat ni lagu baru Rabbani. Maka, aku pon balik tu meg'gugel laa lagu baru dr Rabbani. Nak dengar lebih clear la kononnye tu...ishhkkk ishkkk tak terjumpe plak. Nasib baik la, aku tertangkap laa lirik dia menyebut " Jika Denganmu Hanyut Biarlah Aku Lemas"...maka aku type la words diatas...huhu da dapt. Rupenye group baru . Erkkkk asal aku tak notice? Nampak sgt sejak makin tue ni (oopss...aku belum tua lgik, cume dah tak bergelar student) aku da kureng gosipping ni. Kalu ade pon pasal t'bace citer dr Abang Nara.


Seminit yang lalu aku baru je menge'like page diorang di Facebook.



Hopefully korang terus la menyanyi yek. (Make takla sia sia aku menge'like korang) Suara mcm ni la baru best dengar.Tak sesetengah artis tu...dengar suara dia menyanyi buat aku naik stress. Padahal aku mendengar lagu pasal nak menghilangkan stress. Tabik hormat kat Fasha Sandha dlm kes ni pasal dia mengaku dia tak berminat nak jd penyanyi coz sedar diri bersuare tak sedap utk menyanyi. Kan ke bagus begitu. Ni asal perasan canteq sikit je dah bercite2 nak jd penyanyi. Please lah...kalu suare memang komersial xpelah. Ni suare mnyanyi serupe suare karton alih suare



bercite2 tinggi nak jadi penyanyi no 1 konon.

Tahniah la pade KRU yang menjumpai belia2 berbakat besar ni. Moga panjanglah jodoh korang dlm industri muzik ni.

~~sesungguh cinta itu buta. manusia sanggup berkorban apa sahaja demi orang yang dicintainya. maka janganlah ada manusia yang lain berhasad dengki cuba meruntuhkan tiang masjid yang dirancang oleh orang lain.pasti kesudahannya, akan ada jiwa2 yang terluka kecewa. & janganlah membina kebahagiaan hasil runtuhan kebahagiaan orang lain.mampukah batu-bata yg hancur disusun atur kembali membentuk sebuah tempat perlindungan yang kukuh? Jika istana megah sekalipon diperbuat dari batu bata terbaik seluruh dunia juga bisa roboh~~

~renung-renungkan & selamat menjalani kehidupan~


Tiada ulasan:

Catat Ulasan